Saturday 30 June 2012

pesanan ringkas dari si dia


Setiap hari
Setiap waktu
Ku ditemani kamu
Walau hanya di dalam telefon bimbit
Sudah cukup buat ku rasa terhibur walau kau tiada disisi

Dengarkan rintihan ku
Jangan pernah lupa tentang kita
Tentang kisah kita berdua
Kekalkan itu
Simpan semuanya didalam hati mu
Supaya tidak terbang melayang kemana saja
Supaya kenangan kita kan terus berkekalan selamanya

Pintaku, hasratku
Hanya untuk mu cinta

Friday 29 June 2012

jadual padat

Minggu ni busy sikit sebab nak buat persiapan belajar nak beli itu ini sampai tak sempat sentuh lappy pun. excited sehh nak study benda yang aku minat. Tapi yang tak sedap didengar orang cakap course tu untuk budak hot je. haihh singkat pemikiran betul. Aku sebenarnya respect seorang kawan aku namanya Dzulhelmi. Dia seorang penuntut UITM jurusan masscomm, tapi dia tak pun nak terikut sangat dengan gaya hidup maybe senang cakap trend budak2 zaman sekarang la. Dia simple and very nice. Kalau dengan dia rasa otak berkembang sikit la haha. Bukan nak cakap kawan2 lain tak bagus. cuma yelah kan gaya hidup masing2 hak setiap individu siapa boleh ubah kan. Tapi aku rasa aku pilih bidang ni bukan sebab nak hot tapi nak belajar. Lepas habis semua dah kerja baru aku pikir pasal nak hot ni. haha

p/s dzulhelmi! royalti gua haha

Tuesday 26 June 2012

pabila berita dimanipulasikan

"Kamu tonton berita ?"

"YA ! kenapa?"

"Memang masalah besar.."

"Berita telah dimanipulasi"
"Kamu sedar itu ?"

Semua yang kamu dengar setiap hari telah diatur oleh Korporat Media untuk sesuatu yang membawa keuntungan orang berpengaruh.
Untuk meraih sokong pelbagai pihak

Bukan tersirat lagi tetapi sudah banyak terpengaruh dengan segala bentuk informasi yang disebarkan
jika tidak dinilai atau telan bulat-bulat akan mempengaruhi diri sendiri..

p/s Pabila berita dimanipulasi maka tidak ada satu fakta pun yang dapat disahihkan kebenarannya..

Monday 25 June 2012

she the one :)



The words above are really true right ? And Im really agree about it.

Hampir baratus kali gaduh. Tapi still bersama.
Kenapa ?
Sebab kita gaduh bukan untuk merosakkan tetapi memperbaiki setiap inci hubungan ini

After all we went through together, you always in my heart..
Because..
She the one

Semalam, itu semalam



SEMALAM..

Kita pernah alpa, dengan perkara duniawi
Keseronokan dapat dikecapi
Undang-undung hidup kita ingkari

Semua itu adalah racun
Racun kepada kehidupan
Yang boleh merosakkan masa depan
Masa depan kita, bangsa dan negara

HARI INI

Ayuh bangun
Buka mata, buka minda
Jauhi perkara yang sia-sia
Biar semua tahu kita siapa
Biar dunia tahu dimana Malaysia

Semalam, itu semalam..
Hari ini hidup dalam dunia yang aman
Kenangan kita lucutkan
Kita bakar sama-sama pengalaman hidup
SEKSA...

Sunday 24 June 2012

Aura bola yang bulat

Kelopak mata dah kuyu sebelah
Sambil memandang cahaya laptop dan tv
Kalau bukan pasal Euro memang dah sampai Paris rasanya
Kuat betul aura bola ni
Bagaikan memaksa biji mata terus terbuka luas
Fuhh..
Barai la esok kena bangun pagi

JOM SEMUA !
Espana vs France dah nak start
Enjoy the game k.
SELAMAT PAGI :)

p/s Terima kasih Raja Shahrizza dan Fyza. Members baru :D

Saturday 23 June 2012

Midnight movie !

Wow semalam best siaa..
Last minutes plan. memang main gila Hafizudin,Syazwan,Azhar,Reza ni haha.

Tonton movie *Abraham lincoln vampire hunter* versi timbul-timbul hehe. Terus terang memang tak suka tengok versi timbul-timbul buat aku pening kepala. Masuk panggung buat bising, nasib tak ramai kalau tak dah memekak orang dalam tu. First starting ingat mesti bosan sebab cerita kisah zaman2 nenek moyang. Tapi layan juga la dengan scene2 gaduh ala-ala matrix gitu haha. Cerita pasal pontianak tak sah kalau tak terkejut kan. Terangkat kaki kalau terkejut tambah pulak tengok 3D lagi la luruh jantung dibuatnya. Terkejut juga tak ramai tengok cerita ni. Ramai couple bermanja depan aku, hati tak tahan terus tengok tempat lain. Lepas habis movie macam biasa cari tandas dulu buang apa-apa yang patut dulu.Then terus ke mamak Al-safa (BSD) makan2, pekena teh tarik dulu, sembang2 kosong sambil cuci mata. Noty sangat :)

Malam masih muda kan haha

p/s Kesian my sayang kena tinggal. sorry keluar tak bagi tahu :P

Cepat sembuh cinta

"Kamu demam sayang ?
"ya sayang" *sambil mengigil kesejukan*

Mari sayang mari,
Biar aku peluk erat tubuhmu supaya hilang dingin itu
Sabar sayang, Demam mu pasti akan reda jua

Tidurlah sayang,
Biar aku duduk disebelahmu
Berdoa untuk mu

Semoga hari esok, demam mu reda
Dan dapat tersenyum kembali seperti biasa

p/s Rajin-rajin makan ubat ya ! :P

Friday 22 June 2012

Medical checkup !

Jam 2.30
Dupp dapp dupp dapp *hati berdegup*
tunggu giliran padahal nk xray je.

jam 3.00
masuk bilik doktor first sekali tengok ada jarum tak haha.
nasib takda jarum fuhh lega *tarik nafas lega*
bukan apa alergi jarum tu :)

Dah selesai xray check ketinggian / berat pulak. Tinggi 171cm. wahh pan asian :)
Berat 71kg, Mak aii berat betul aku! haha

Then check nadi, blood pressure, telingga, gigi semua ok
sampai part mata kantoi aku rabun jauh. sedih tu ada tapi hensem kot berkaca mata :P

nantikan !! XOXO

rambut sama hati lain lain

MANUSIA...

Memang ada yang bertopeng
Di depan baik
Di belakang mengutuk
Hidup umpama lalang
Semua benda dapat disorok
Seperti kau insan terbaik di muka dunia
Susah nak nilai orang zaman sekarang
Banyak yang palsu
Senyum yang penuh lakonan

INGAT !
Hidup ini hanya sementara
Semua ini pinjaman belaka

P/S Mana senang disorok : perut atau hati?

Thursday 21 June 2012

Jauh hati

Kecewa hati hanya tuhan saja tahu

Kenapa kau kejam sekarang? Tak ada perasaan kah?
Dimana perasaan kau yang dulu? Hilang mana?
Kemana janji kau? pergi begitu saja?

Ok sudahlah
tak tahu nak cakap apa

Tapi seburuk-buruk itu, kau tetap dihati walaupun ku..
Jauh hati...

Seperti syurgamu

Aku pernah alpa, aku pernah lupa
Aku pernah terlena, dibuai cahaya indah
Hidupku jadi megah, tanpa bersusah payah
Tanpa aku menduga, ku dalam leka

Rupa-rupanya cahaya itu hanya sementara
Suram mengambil tempat, tersurat sudah tersirat
Jaminan menjadi berat, tamparan begitu hebat
Sekarang baru ku sedar, setelah menempuh sukar
Ku mula berfikir setiap saat…

Tolong sedarkan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini harum indah seperti syurgaMu

Sekarang baru aku sedar setelah segala
Yang aku tempuhi liku-liku hidup yang menjalar
Suasana mencabar setiap daya akan ku pusarkan untuk untuk mencuba
Cuba mencari cahaya itu kembali
biarpuan aku terpaksa menempuhinya sekali lagi
Kali ini aku akan lebih berhati-hati
Walapun aku terpaksa berlari atau meniti

Kan ku harungi dengan cekal
Pengalaman jadi kekal

Tolong sedarkan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini harum indah seperti syurgaMu

Oh, Engkau yang menentukan
Apakah aku ini yang terakhir untuk ke syurgaMu..

Tolong sedarkan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini harum indah seperti syurgaMu

Tolong sedarkan diriku, dari noktah kian luput
Aku bimbang jumpa suatu waktu, ku tak kenal siapa
Ku berharap kepadaMu, berikan ku satu rasa
Yang memberi erti hidup ini harum indah seperti syurgaMu

Seperti ku berharap kepadaMu
Tolong sedarkan diriku
Seperti syurgaMu
Seperti syurgaMu

Pop Shuvit feat Manbai - seperti syurgamu

Wednesday 20 June 2012

Saya Dan Kamu



Di sini kita,
Di muka bumi,
Ada saya dan kamu
Tuhan telah membuat kita jatuh hati

Memang benar!
Saya telah benar-benar mengerti
Seseorang seperti kamu
Ia akan kekal
Kasih sayang yang kamu bagi kepada saya
Bahawa kamu akan berada di sisi ini sentiasa

Saya gembira..
Sekurang-kurangnya dalam hidup saya
Saya telah dapat seseorang
Yang mungkin tidak berada di sini selama-lamanya untuk menjaga saya
Tapi saya dapat rasa kekuatan dalam diri kamu
Dalam fikiran saya
kamu akan berada di sini sentiasa
Dan menyayangi saya selamanya

Tuesday 19 June 2012

Cinta Sesama Egois

Marah ku punca segalanya

Melawan mu adalah senjata hatinya

Sentiasa merasakan diri kita betul

Hati tidak rela dikalahkan

Diri tidak mahu merasa lemah lagi

Merasa diri kita paling sempurna

Sikap tidak perduli apa kata dan nasihat seseorang

Hanya satu membuat kita bertahan dengan pasangan egois

Hanya iman yang kuat dapat mendamaikan hati yang keras

Bangun Harimau BANGUN !!



Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun
Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya keramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat
Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat
Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu 'tuk berjasa pada rakyat
Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas Isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak
(Bangun harimau bangun)

Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang 'tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya
Ini padanag kami tiada siapa boleh ambil
Yang mencabar sedia 'tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik
Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta
Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur
(Bangun harimau bangun)

Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita ...

Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan...

Monday 18 June 2012

Hati yang gundah

Oh tidak !

Masa dan tarikh sudah hampir,

Hati semakin terseksa,

Perasaan takut sudah menjelma,

Hendak ku lari tiada jalannya,

Hendak ku terbang tiada sayapnya,

Hendak ku renang tiada lautnya,

Hanya duduk terpaku melihat satu arah,

Sambil memikirkan seribu satu arah,

Hanya doa jalan untuk hati ini reda seketika

Berdoa agar angan-angan ku itu menjadi kenyataan

Oh hati , jangan kau gundah lagi...

Sunday 17 June 2012

heyy. Isfan here !

Humanity

I just want to live in peace

I just want to live free

Why ?

Why we must fight ?

Why must fight each other ?

The answer for this problem is because of human greed for power..

I can't explain what will happen after this

What the world would be destroyed by the cruel human hands?

What can you imagine?

The tears will fall

While looking at the destruction of the world

The cruel hand will laugh

Such a blind heart

anugerah tuhan yang tak ternilai

Selamat Hari Bapa..

Sesungguhnya kamu adalah anugerah yang tak ternilai bagi ku

Yang telah membela ku dari kecil

Memberi ku kehidupan yang sempurna

Takkan dapat ku membalas jasa mu itu

Ku hanya dapat berdoa akan kesejahteraan mu dan tunjukkan kepada mu bahawa aku boleh berjaya dalam hidup ini

InsyaAllah

dengarkan aku...

Hapus air matamu
Aku tak ingin kau menangis lagi sayang
Yakinkan hati diantara resahmu
Diriku takkan memilih meninggalkanmu

Sekian waktu bersama
Tak mudah tuk menepis semua kenyataan

kita berbeda jalani keyakinan
tapi kau yang ku inginkan dari segalanya

Di setiap rinduku hanya memanggilmu
Ku yakin kau pun mengerti
Ku tak ingin menanggalkan hati

sayangku dengarkan aku
tak mungkin ku melepasmu
kan ku pertahankan kau cintaku
dan semua air matamu yang berarti di hidupku selalu

Saturday 16 June 2012

kata-kata idola

Dlm baik ada jahatnya, dlm jahat ada baiknya. Dlm betul ada salahnya, dlm salah ada betulnya. Dlm sopan ada kasarnya, dlm kasar ada sopannya. Zaman ini, begitulah. Z.A

gila-gila

Bak kata perpatah "pijak semut tak mati, semut pun bangun pijak kau nanti"