Thursday, 13 June 2013

Jasad disini, jiwa disana

Syukur aku sampai jugak, dah lama aku tak menapak ke kota singa ni. Udara, cuaca disini serupa macam KL tak ada beza pun. 4jam perjalanan aku dari KL fuhh penat dia tuhan je tahu. Cadangnya esok pagi lepas breakfast aku ke USS and melawat kubur tokwan. Mohon dipermudahkan segala urusan.

Sebenarnya memang seronok bercuti ni. Tapi yang tak syok cinta hati yang kt KL tu.

Aku terpaksa..
Merelakan diri melepaskan jasad dan meninggalkan jiwa disana
Haihh dah la jauhnya beratus-ratus kilometer, confirm! aku terasa rindu.
Ini kali lah aku ulang, ulang dan ulang lagu tuhan jagakan dia #Eh.
Aku tidur dalam rindu, moga kau lena disana.

Ok la saudara saudari. Gua nak lelap, moga jumpa di mimpi kalian.

P/S selamat malam cinta hati

Monday, 10 June 2013

Lena ku

Malam ku dingin
Angin menghembus ke arah ku, ntah dari mana datangnya aku sendiri tak tahu.
Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu?
mungkin ku harapkan, kau merindu ku sebagaimana ku merindui mu.
Lena ku untuk malam ini moga-moga indah esoknya
Salam sayang dari sini, tidur dalam dakapan ku, rasai diriku, pejam rapat mata mu.
aku tidur dalam dingin ini harapan mimpi ku terjumpa kamu.

P/S SALAM SAYANG

Saturday, 8 June 2013

Tulisan dari malaysia, Untuk dia di Jakarta



Mana kau?
Disini..
Menunggu, Menunggu dan Menunggu
Aku rindu sangat ni
Macam mana kau disana? enjoy?? udah makan? minum? sihat ke?

Ingin sekali bertanya.. Pernah tak sekali dalam benak fikiran kau ingat aku disini? rindu aku? masih kuat tak perasaan kau untuk aku?

Tak mampu aku usir air mata jalani hari-hari aku tanpa kau. Aku terpaksa.. ketawa, senyuman, tidur dengan rindu yang tak dapat aku hindari. Aku tak mahu diisi oleh yang lain, semahunya hanya kau. Dan untuk aku, meskipun aku tidak bersamamu lagi aku disini tetap mendoakanmu.

aku rindu saat-saat sebelum kita berpisah, cepat balik! aku rindu

Hebatnya rasa kehilangan. SALAM SAYANG DARI SINI

Hey semester break

Assalamualaikum semua

Nahh! dekat 6bulan aku tinggalkan blog ni terbiar macam tu je sampaikan password blog pun lupa. memang selambe!
Meh aku cerita, semester2 ni tersangat la barai bagi aku sampai terkejar-kejar, tertonggeng-tonggeng jugak la. Sampai takde masa nak goyang2 kaki. Gentle barai. Tapi nak buat macam mana benda diamanahkan untuk aku buat, so kenalah buat. Alhamdulillah berbaloi semuanya. Classmate pun cool, environment kelas pun ok la.

Subject creative communication paling mencabar physical dan mental, 3task nak kena settle pulak.
first, product. aku rasa barai gak la sebab product cikai je aku buat tak gempak langsung, nasib2 la dapat markah kesian.
second, shortfilm. memang first time bekerja dalam group yang besar and hebat. congrats to my team production!
Third, parody. kali ni berkerja dengan team lagi besar, kira satu kelas buat task tu. congrats jugak untuk my classmate!
ITU SEMUA KENANGAN!

Mesti yang selalu follow blog aku dulu terkejut kalau aku cakap aku kahwin baru HAHAHA. Semuanya takdir, setiap apa yang kita lalui tu tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan tak semua kita impikan and termakbul. Apa guna aku melawan takdir yang terhampar depan aku. aku terima!

Tapi syukur, Si DIA buat aku jatuh cinta lagi, Si DIA buat aku kembali gelak, menangis, marah.
Boleh tak aku anggap itu rezeki aku? tapi memang betul rasanya. Alhamdullilah 3bulan dengan Si DIA and still counting. She's was perfect to me and i cant stop myself from smilling :D

p/s Doa kan aku ya! :P