Saturday, 24 October 2015

Simpanlah kata ini

Aku diam namun rasanya tetap sama. Seperti hari-hari yang sebelumnya. Diberi ruang pada waktunya namun dipijak berkali-kali. Aku ada tapi sekadar untuk apa? Saat aku perlukan, kau dimana? terkadang aku rasa jemu dengan perkataan '"sabar" yang sering aku ungkapkan dalam hati.

Sememangnya manusia layak dapat peluang kedua. tapi bukan untuk kali ketiga kerana peluang itu datang bukan untuk berkali-kali sepertimana hati ini yang kau pijak berkali-kali.

Awak tak perlu jelaskan, saya sudah tahu.

Terima Kasih.. Sekarang saya hanya mampu diam, dan biarkan saja tuhan yang tentukan.

Terima kasih.. saya sangat hargai rasa bahagia untuk setiap perhatian dari awak. biarpun itu hanya dulu.

Maafkan saya jika hanya menjadi beban

Simpanlah kata ini.
Hargailah dan sanjungi seseorang yang menghargai kewujudan kamu kerana ianya datang hanya sekali.

Tuesday, 7 July 2015

Sejenis manusia

"Zaman sekarang dah jadi trend kita menganjing, kutuk mengutuk, hentam orang membabi buta".

Depa rasa seronok pulak tu. Tak faham la aku dengan hangpa ni. Makin lama makin berat dosa kita atas kesalahan yang kita sendiri tak sedar.

Sebab apa tak sedar? sebab syok kan. Bila kau hentam orang itu ini ada tukang gelak. Dan kau mula disanjung kawan² yang sejenis dengan kau.

Damansara

I'm done!

Hi,

Be kind, Be good. Stay with me!

"I can't go back, Don't think i will"

Tentang rasa is done.
But the story lives forever .

Thursday, 30 April 2015

Paling cukup!

Dulu ditinggalkan, aku redha.
Bila dah kembali, aku bersyukur.

Hidup aku back to normal
Aku tak sakit jiwa lagi menahan perasaan yang bullshit ni

Hari ini seperti hari2 sebelumnya. Aku tak sendiri dan tak sepi. Aku punya kau

Satu dalam banyak,
Banyak dalam satu,
Dalam banyak2 tu,
Hanya kau.

Paling cukup.

Jangan pergi lagi!
Peluang hanya datang sekali.

Friday, 27 February 2015

Yang terakhir untuk tentang rasa

Terbanglah kau tidak ku halang,

Berbahagia lah kau dalam senang,

Lepaskan semua usah kau kenang,

Biar malam berganti siang,

Tidak ku tinggalkan sisa bayang-bayang

Bila tiba waktu berselang,

Kau pulang.. aku hilang

Hidup punyai pilihan.
Untuk dapat apa itu kebahagiaan

Jika itu yang kau impikan, pergilah kejar apa kau mahu dan usah lepaskan sehingga sampai waktu untuk kita kembali kepada sang pencipta.

27/2/2015
Kotaraya
10.10 P.M

 

Thursday, 26 February 2015

This Is Melayu

"Melayu setia dengan janji melayu. Bila nak ubah mentaliti macam tu?"

Monday, 12 January 2015

wise words

i don't want to be the person who you have to text, i want to be the person who you want to text. i will be here. i am waiting...

Hukumlah aku

Harini bukan nasib aku.
Tak mengapa..
Aku masih berdiri lagi
Ntah sampai bila malang ini akan berhenti menimpa menghimpit jiwa yang ntah bila akan mati.
Tak mengapa..
Aku mengerti segala yang terjadi atas kehendak tuhan.
Siapa aku untuk menidakkan hukum tuhan.
Hari demi hari aku pasrah dengan kehendak tuhan yang sedang menghukum makhluk ciptaanNya.
Namun aku tak akan berhenti berdoa..
Berdoa untuk kebahagian hidup yang sudah lama aku tidak rasai.

Sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Wednesday, 7 January 2015

Surat yang tiada sampul

Dear..

Kau tak akan tahu kenapa setiap malam aku tidur lewat. Mungkin kau fikir aku seronok bertemankan gadis-gadis and stay up sampai jam sekarang. Bodohnya kau kalau kau fikir macam tu. Aku tak macam kau yang senang kau datang, senang lagi kau pergi. Aku rasa bila aku ingat kau, rindu kau tiap-tiap malam buat aku jadi khayal, fly dengan perasaan yang aku cipta sendiri. Berimaginasi kau ada dengan aku macam dulu.

Takpa lah..
Mungkin aku rasa kau dah ready nak hidup dengan orang lain.
Harap kau bahagia dengan jalan hidup yang kau pilih. Aku doakan kau.

Biar aku tidur dengan harapan buat diri aku yang sedang bermimpi kan gadis yang tak pernah perasan aku disini.

Sincerely
Memories..                          

(page7 chapter1)

Thursday, 18 December 2014

Selamat Mencuba

Mulakan hari dengan senyum, akhiri hari dengan harapan. Harapan untuk hari esok lebih kuat

Selamat berjuang buat kamu yang sedang mencari jalan untuk bahagia..

Damansara
11.08 P.M

Saturday, 13 December 2014

Tentang Rasa #1

Cerita tentang rasa. Jika kamu sudi mari sama-sama rasa.

Pernah tak kau rasa tak dihargai?
Tapi pernah tak kau rasa yang ego kau tinggi? Kalaulah ego tu ada ubat, dah beribu aku habis.

Ya! memang boleh bercinta tapi kau tak boleh buat dia rasa terpaksa. Biar dia jadi diri dia, biar kau jadi kau.

Memang kau ego, suka cari salah dia, tapi sesekali kau cermin diri, lihat dan fikir - "kau siapa? kau boyfriend/girlfriend dia je. Kau bukan parents dia"

Please! perjalanan hidup kau masih panjang. Kita perlu kenal apa itu erti hidup.

Bagi aku jangan paksa! tapi terima. Kau boleh terima, tapi rasa itu tetap ada.

Jalannya kau senyum simpan dalam hati tapi jangan pendam takut makan diri.

Setiap manusia mesti ada rasa kecewa. Mungkin dari situ kau rasa macam mana payah perjalanan hidup ni.

Selamat Malam Buat Kamu Yang Sedang Menyesal. #Moveon !

Wednesday, 10 December 2014

Selamat Pagi Buat Kamu Yang Sedang Kecewa

Semua manusia tak akan terlepas dari kekecewaan. Tak ada seorang pun terlepas dari masalah.

Kenapa?

Sebab kamu manusia, kamu tak dilahirkan sempurna. Kamu tak akan sentiasa hidup senang

Teruskan hidup! jangan kamu bimbang ada masa kamu jatuh, ada masa kamu akan bangun.

Selamat pagi buat kamu yang sedang kecewa

Damansara
4:20

Saturday, 22 November 2014

Percaya Pada Sesuatu

Bila aku percaya jangan buat sampai aku hilang percaya.

Bukan apa, aku letak sepenuhnya kepercayaan aku pada sesuatu. Sesuatu yang aku mungkin tak nak lepaskan.

Percayalah..

Aku akan selalu mempercayai sesuatu yang selalu buat aku rasa dihargai.

Biasanya aku percaya akan semua yang berlaku dalam hidup aku. Tapi aku tak nak untuk percaya jika aku hilang sesuatu yang aku mahu.

Apa yang aku maksudkan dengan sesuatu?

Jawapannya

DIA..

Saturday, 11 October 2014

Calling For Vendors

Calling for vendors

Event 1-2 november 2014
Stadium Malawati Shah Alam
10am-10pm
Brought by: Student of diploma in corporate communication (BK101)- Semester5 KPTM KL

Follow
Twitter: @siniadafest
Instagram: Siniadafest
Email: siniadafest@gmail.com

Wednesday, 1 October 2014

Tuhan itu sentiasa ada

Tuhan berbicara,
Agar aku berdiri,
Tak perlu berfikir,
Kerana itu menyakitkan.

Sabar,
Tuhan masih ada,
Untuk kita.

Sunday, 14 September 2014

Rasa yang bangsat

Aku keliru,
Otak jadi tuli,
Fikiran kusut,
Kurang yakin,
Nafas terkandas,
Terngiang,
Menanti kepastian.

Aku terdampar di tengah petak tilam sambil berfikir.
Tergaru kepala.
Membeliak bola mata.
Merenung..

Rasa kau di dalam zero gravity.
Tidak rasa apa yang dipijak.
Langsung!

Bangsat la kalau tiap masa aku rasa benda yang sama. Macam mana aku nak lawan rasa ni yang sebenarnya aku bermusuh dengan minda sendiri. Mungkin aku belum cukup sempurna dan aku banyak melihat kesempurnaan di sekeliling aku.

Adakah aku perlu merelakan kenyataan ini?

Tolong jangan tanya mengapa kerna  aku pun tak tahu sebab apa aku begini.

Rasa itu kejam, kau boleh mati hati jika tak kuat.

Selamat malam rasa. Moga kau tak muncul merosakkan segalanya.

Friday, 12 September 2014

Bila sudah berakhir

Setiap orang akan terputus nafasnya bila tiba saat dan waktu.

Semua ini kehendakNya.

Bila aku sudah tiada, mungkinkah orang akan kenang diri aku?

Jika ya, sampai bila?

Mungkin aku akan rasa sedih tinggalkan orang-orang yang aku sayang.

Aku akan jauh berada di dunia yang lain dari mereka. Dan tak mungkin aku boleh berpatah balik

Adakah perasaan rindu itu ada bila jasad sudah tidak bersama roh. Adakah ia kekal atau tidak?

Aku sedar..
Mati itu pasti..

Jika ini tidur paling terakhir,
Mimpikan aku sesuatu yang indah
Dan aku perlu tahu,
Esok hari bukanlah sesuatu yang pasti.

Biarlah waktu bawa aku pergi.

Sunday, 17 August 2014

Move on tolak tepi! Move foward dulu

I'm feel bless. Tak boleh nak describe perasaan seronok ni. Aku dah tunaikan apa yang dia impian. Aku pun rasa aku patut berubah. Orang kalau lepas kecewa harus move on kan? Tapi aku lebih suka guna move foward. Tak semestinya bila kecewa kita terus blah kan? Kalau dah sayang takkan taknak usaha untuk jadi lebih baik. Seronok betul aku dapat tengok dia happy.

Happy 1year6month untuk rusuk kiri saya. Moga bulan ni lebih baik dari sebelumnya. Amin..

P/S Sayang, I love you

Friday, 15 August 2014

Di sini aku sampaikan sebuah rasa

Dari awal pagi hingga benamnya mentari, jangan takut aku akan jadi teman mu sampai mati

Jika memori bersama kau boleh disimpan dalam cakera, kan ku mainkan sampai bila-bila

Izinkan aku simpan gambar kita, agar aku boleh merasa kehadiran kau setiap masa

Friday, 1 August 2014

Rayaaaaaaa

Settle puasa tiba raya
Semua orang pasti bergembira

Tapi Aku..
Habis sebulan aku berdiet
Start satu syawal semua usaha aku gagal

Btw Selamat Hari Raya kpd readers semua