Tuesday, 10 June 2014

Dalam kenangan

Setiap yang hidup akan merasai mati.

Bersyukurlah setiap kali terima pagi, kita terima satu hidup lagi.

Al Fatihah buat Mak Long saya yang kembali ke rahmatullah pada jam 1.02a.m tadi. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang terpuji

Amin.

Petaling Jaya

Monday, 9 June 2014

Resah

Langit seakan sunyi
Bagai serba tak kena
Angin datang dan pergi
Langit semakin gelap
Namun aku masih disini

Resah hati
Fikirkan kamu setiap waktu
Luluh hati
Bila kau berlalu pergi

Kembalilah..
Disini ku merindu 

Semenyih
2014

Thursday, 5 June 2014

Penat demi wang

Tindakan hari ini adalah keputusan hari esok

Jangan cepat menguluh kalau kau sendiri tak nak keluar sikit pun peluh

Jangan banyak alasan kalau nak senang

Jangan mudah penat untuk kau merasa nikmat

Biar kita penat asalkan kita kerja atas berkat

Alhamdullilah

Tuesday, 3 June 2014

tahan!

Biar jauh berjalan asalkan kita masih bertahan
Biar tak berjumpa asalkan tak bermasam muka

lipas: kau nak tahu?
cicak: apa?
lipas: aku tengah menahan.
cicak: tahan apa?! berak?
lipas: bukan gila! tahan rindu kau

Biar rindu asalkan tidak sebulu
Biar aku tahan sakit sebelum aku mula menjerit

P/S hoi cicak! aku sayang kau

Friday, 16 May 2014

Listen My Dear !

Hey Tiqa

LISTEN!

Maybe I annoy you with my attitude
Well, you annoy me sometimes too with your ignorence
But you don't have to worry cause you're the woman that i love and i adore.

Happy 1year 3month sayang

Terima kasih sudi pinjamkan hati

P/S I LOVE YOU

Friday, 18 April 2014

Life is challenging

Pernah rasa kecil hati?
Rasa dia macam gampang kan!

Aku rasa kecil hati sebab aku ada hati dengan kau!
Perasan tak?

Aku tengah marah ni. Seorang egois tak akan mengalah dengan ego dia! Bukan aku lah kalau senang nak maafkan orang

Dalam ego tetap kalah. Kalah dengan perasaan sendiri

Berjalan dalam ketidaktahuan
Lutut longgar
Sendi renggang
Meroyan tak tentu pasal
Otak beku

Aku angkat bendera putih hari ini
Tanda aku gugur dalam perang jiwa

Betul lah "Life is challenging"

Ini malam
Cahaya suram
Lampu kelam
Cinta padam
Hati karam
Aku tenggelam
Dalam suram

Petikan dari Langit Vanilla - Wani Ardy

P/S jangan baca kalau kau tengah gembira disana

Friday, 14 March 2014

Manusia oh manusia

Jika dah boleh buka mata mengapa tak mahu buka minda?
Jika dah boleh buka minda mengapa tak mahu berfikir?

Sekarang nak cari benda atau orang senang je. Guna teropong buluh untuk memantau, buah kelapa sebagai radar pengesan. Pukat ikan tu ehemm jap aku dah jammed

Negara dah 57tahun merdeka, tapi depa masih guna mentera

Malaysia kini...
Semakin lama semakin panas
Semakin lama semakin merepek

Si bomoh 1Malaysia
Hebatnya tampar buaya sampai mati.
Apa rahsia?

p/s: Kenapa tampar buaya tu?