Saturday, 30 June 2012

pesanan ringkas dari si dia


Setiap hari
Setiap waktu
Ku ditemani kamu
Walau hanya di dalam telefon bimbit
Sudah cukup buat ku rasa terhibur walau kau tiada disisi

Dengarkan rintihan ku
Jangan pernah lupa tentang kita
Tentang kisah kita berdua
Kekalkan itu
Simpan semuanya didalam hati mu
Supaya tidak terbang melayang kemana saja
Supaya kenangan kita kan terus berkekalan selamanya

Pintaku, hasratku
Hanya untuk mu cinta

Friday, 29 June 2012

jadual padat

Minggu ni busy sikit sebab nak buat persiapan belajar nak beli itu ini sampai tak sempat sentuh lappy pun. excited sehh nak study benda yang aku minat. Tapi yang tak sedap didengar orang cakap course tu untuk budak hot je. haihh singkat pemikiran betul. Aku sebenarnya respect seorang kawan aku namanya Dzulhelmi. Dia seorang penuntut UITM jurusan masscomm, tapi dia tak pun nak terikut sangat dengan gaya hidup maybe senang cakap trend budak2 zaman sekarang la. Dia simple and very nice. Kalau dengan dia rasa otak berkembang sikit la haha. Bukan nak cakap kawan2 lain tak bagus. cuma yelah kan gaya hidup masing2 hak setiap individu siapa boleh ubah kan. Tapi aku rasa aku pilih bidang ni bukan sebab nak hot tapi nak belajar. Lepas habis semua dah kerja baru aku pikir pasal nak hot ni. haha

p/s dzulhelmi! royalti gua haha

Tuesday, 26 June 2012

pabila berita dimanipulasikan

"Kamu tonton berita ?"

"YA ! kenapa?"

"Memang masalah besar.."

"Berita telah dimanipulasi"
"Kamu sedar itu ?"

Semua yang kamu dengar setiap hari telah diatur oleh Korporat Media untuk sesuatu yang membawa keuntungan orang berpengaruh.
Untuk meraih sokong pelbagai pihak

Bukan tersirat lagi tetapi sudah banyak terpengaruh dengan segala bentuk informasi yang disebarkan
jika tidak dinilai atau telan bulat-bulat akan mempengaruhi diri sendiri..

p/s Pabila berita dimanipulasi maka tidak ada satu fakta pun yang dapat disahihkan kebenarannya..

Monday, 25 June 2012

she the one :)



The words above are really true right ? And Im really agree about it.

Hampir baratus kali gaduh. Tapi still bersama.
Kenapa ?
Sebab kita gaduh bukan untuk merosakkan tetapi memperbaiki setiap inci hubungan ini

After all we went through together, you always in my heart..
Because..
She the one

Semalam, itu semalam



SEMALAM..

Kita pernah alpa, dengan perkara duniawi
Keseronokan dapat dikecapi
Undang-undung hidup kita ingkari

Semua itu adalah racun
Racun kepada kehidupan
Yang boleh merosakkan masa depan
Masa depan kita, bangsa dan negara

HARI INI

Ayuh bangun
Buka mata, buka minda
Jauhi perkara yang sia-sia
Biar semua tahu kita siapa
Biar dunia tahu dimana Malaysia

Semalam, itu semalam..
Hari ini hidup dalam dunia yang aman
Kenangan kita lucutkan
Kita bakar sama-sama pengalaman hidup
SEKSA...

Sunday, 24 June 2012

Aura bola yang bulat

Kelopak mata dah kuyu sebelah
Sambil memandang cahaya laptop dan tv
Kalau bukan pasal Euro memang dah sampai Paris rasanya
Kuat betul aura bola ni
Bagaikan memaksa biji mata terus terbuka luas
Fuhh..
Barai la esok kena bangun pagi

JOM SEMUA !
Espana vs France dah nak start
Enjoy the game k.
SELAMAT PAGI :)

p/s Terima kasih Raja Shahrizza dan Fyza. Members baru :D

Saturday, 23 June 2012

Midnight movie !

Wow semalam best siaa..
Last minutes plan. memang main gila Hafizudin,Syazwan,Azhar,Reza ni haha.

Tonton movie *Abraham lincoln vampire hunter* versi timbul-timbul hehe. Terus terang memang tak suka tengok versi timbul-timbul buat aku pening kepala. Masuk panggung buat bising, nasib tak ramai kalau tak dah memekak orang dalam tu. First starting ingat mesti bosan sebab cerita kisah zaman2 nenek moyang. Tapi layan juga la dengan scene2 gaduh ala-ala matrix gitu haha. Cerita pasal pontianak tak sah kalau tak terkejut kan. Terangkat kaki kalau terkejut tambah pulak tengok 3D lagi la luruh jantung dibuatnya. Terkejut juga tak ramai tengok cerita ni. Ramai couple bermanja depan aku, hati tak tahan terus tengok tempat lain. Lepas habis movie macam biasa cari tandas dulu buang apa-apa yang patut dulu.Then terus ke mamak Al-safa (BSD) makan2, pekena teh tarik dulu, sembang2 kosong sambil cuci mata. Noty sangat :)

Malam masih muda kan haha

p/s Kesian my sayang kena tinggal. sorry keluar tak bagi tahu :P