Mulakan hari dengan senyum, akhiri hari dengan harapan. Harapan untuk hari esok lebih kuat
Selamat berjuang buat kamu yang sedang mencari jalan untuk bahagia..
Damansara
11.08 P.M
Mulakan hari dengan senyum, akhiri hari dengan harapan. Harapan untuk hari esok lebih kuat
Selamat berjuang buat kamu yang sedang mencari jalan untuk bahagia..
Damansara
11.08 P.M
Cerita tentang rasa. Jika kamu sudi mari sama-sama rasa.
Pernah tak kau rasa tak dihargai?
Tapi pernah tak kau rasa yang ego kau tinggi? Kalaulah ego tu ada ubat, dah beribu aku habis.
Ya! memang boleh bercinta tapi kau tak boleh buat dia rasa terpaksa. Biar dia jadi diri dia, biar kau jadi kau.
Memang kau ego, suka cari salah dia, tapi sesekali kau cermin diri, lihat dan fikir - "kau siapa? kau boyfriend/girlfriend dia je. Kau bukan parents dia"
Please! perjalanan hidup kau masih panjang. Kita perlu kenal apa itu erti hidup.
Bagi aku jangan paksa! tapi terima. Kau boleh terima, tapi rasa itu tetap ada.
Jalannya kau senyum simpan dalam hati tapi jangan pendam takut makan diri.
Setiap manusia mesti ada rasa kecewa. Mungkin dari situ kau rasa macam mana payah perjalanan hidup ni.
Selamat Malam Buat Kamu Yang Sedang Menyesal. #Moveon !
Semua manusia tak akan terlepas dari kekecewaan. Tak ada seorang pun terlepas dari masalah.
Kenapa?
Sebab kamu manusia, kamu tak dilahirkan sempurna. Kamu tak akan sentiasa hidup senang
Teruskan hidup! jangan kamu bimbang ada masa kamu jatuh, ada masa kamu akan bangun.
Selamat pagi buat kamu yang sedang kecewa
Damansara
4:20
Bila aku percaya jangan buat sampai aku hilang percaya.
Bukan apa, aku letak sepenuhnya kepercayaan aku pada sesuatu. Sesuatu yang aku mungkin tak nak lepaskan.
Percayalah..
Aku akan selalu mempercayai sesuatu yang selalu buat aku rasa dihargai.
Biasanya aku percaya akan semua yang berlaku dalam hidup aku. Tapi aku tak nak untuk percaya jika aku hilang sesuatu yang aku mahu.
Apa yang aku maksudkan dengan sesuatu?
Jawapannya
DIA..
Calling for vendors
Event 1-2 november 2014
Stadium Malawati Shah Alam
10am-10pm
Brought by: Student of diploma in corporate communication (BK101)- Semester5 KPTM KL
Follow
Twitter: @siniadafest
Instagram: Siniadafest
Email: siniadafest@gmail.com
Tuhan berbicara,
Agar aku berdiri,
Tak perlu berfikir,
Kerana itu menyakitkan.
Sabar,
Tuhan masih ada,
Untuk kita.
Aku keliru,
Otak jadi tuli,
Fikiran kusut,
Kurang yakin,
Nafas terkandas,
Terngiang,
Menanti kepastian.
Aku terdampar di tengah petak tilam sambil berfikir.
Tergaru kepala.
Membeliak bola mata.
Merenung..
Rasa kau di dalam zero gravity.
Tidak rasa apa yang dipijak.
Langsung!
Bangsat la kalau tiap masa aku rasa benda yang sama. Macam mana aku nak lawan rasa ni yang sebenarnya aku bermusuh dengan minda sendiri. Mungkin aku belum cukup sempurna dan aku banyak melihat kesempurnaan di sekeliling aku.
Adakah aku perlu merelakan kenyataan ini?
Tolong jangan tanya mengapa kerna aku pun tak tahu sebab apa aku begini.
Rasa itu kejam, kau boleh mati hati jika tak kuat.
Selamat malam rasa. Moga kau tak muncul merosakkan segalanya.