Bila tension rokok jadi teman, Asap dihembus pelbagai bentuk, Mencipta satu cerita, Tak kira la dari ke dunhill, winston mahupun gudang garam, asap tetap asap. Otak jadi tenang, hati jadi lembut, masalah pun lenyap...
Aku berdiri di koridor sambil menghisap rokok. Nikmat! Berimaginasi melampau. Kenapa? Asal nikmat sangat hisap rokok?
Nampak macho?
Angin menolak asap rokok aku jauh ke langit dan menyertai timbunan udara kotor disana
Dari sebatang ke sebatang, dari sebatang ke sekotak
Semua sebab sudah di set dalam kepala otak rokok itu nikmat, macho
Sambil hisap sambil memikirkan apa yang jadi akan datang. Baik ke buruk ?
*Itu semua kerja tuhan. Kita hanya berserah* rokok sekadar hiburan perasaan
Aku bangun pagi. Dengan selambe bukak tingkap bilik pekena sebatang tanda permulaan hari. Untuk pagi ini lain sedikit, merokok sambil menunggu harta saham jatuh *faham-faham jela* capai tuala masuk toilet melabur saham....
Kenapa rokok ni sangat penting? Sampaikan kita tak fikir yang kita kerugian. *berfikir sambil menghisap John dan ditemani nescafe 3 in 1
Sebenarnya kebanyakkan kita kalau hisap rokok depan member memang ada yang ambil peluang dan kita memberi peluang untuk mereka habiskan sekotak. Haha jangan cakap semua tak pernah buat kan. Si perokok mula beli dunhill, esok habis tukar winston, lusa habis tukar john, then hisap rokok gudang garam yang lambat habis tu.
Benda ni memang buat orang sensara. Kepada adik2 jangan tiru aksi kawan yang cuba nak jadi macho tu. Harap gaya je macho tapi poket, organ dalam badan tak macho katanya.
P/S jangan Terasa ok!
No comments:
Post a Comment