Thursday, 13 June 2013

Jasad disini, jiwa disana

Syukur aku sampai jugak, dah lama aku tak menapak ke kota singa ni. Udara, cuaca disini serupa macam KL tak ada beza pun. 4jam perjalanan aku dari KL fuhh penat dia tuhan je tahu. Cadangnya esok pagi lepas breakfast aku ke USS and melawat kubur tokwan. Mohon dipermudahkan segala urusan.

Sebenarnya memang seronok bercuti ni. Tapi yang tak syok cinta hati yang kt KL tu.

Aku terpaksa..
Merelakan diri melepaskan jasad dan meninggalkan jiwa disana
Haihh dah la jauhnya beratus-ratus kilometer, confirm! aku terasa rindu.
Ini kali lah aku ulang, ulang dan ulang lagu tuhan jagakan dia #Eh.
Aku tidur dalam rindu, moga kau lena disana.

Ok la saudara saudari. Gua nak lelap, moga jumpa di mimpi kalian.

P/S selamat malam cinta hati

Monday, 10 June 2013

Lena ku

Malam ku dingin
Angin menghembus ke arah ku, ntah dari mana datangnya aku sendiri tak tahu.
Sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu?
mungkin ku harapkan, kau merindu ku sebagaimana ku merindui mu.
Lena ku untuk malam ini moga-moga indah esoknya
Salam sayang dari sini, tidur dalam dakapan ku, rasai diriku, pejam rapat mata mu.
aku tidur dalam dingin ini harapan mimpi ku terjumpa kamu.

P/S SALAM SAYANG

Saturday, 8 June 2013

Tulisan dari malaysia, Untuk dia di Jakarta



Mana kau?
Disini..
Menunggu, Menunggu dan Menunggu
Aku rindu sangat ni
Macam mana kau disana? enjoy?? udah makan? minum? sihat ke?

Ingin sekali bertanya.. Pernah tak sekali dalam benak fikiran kau ingat aku disini? rindu aku? masih kuat tak perasaan kau untuk aku?

Tak mampu aku usir air mata jalani hari-hari aku tanpa kau. Aku terpaksa.. ketawa, senyuman, tidur dengan rindu yang tak dapat aku hindari. Aku tak mahu diisi oleh yang lain, semahunya hanya kau. Dan untuk aku, meskipun aku tidak bersamamu lagi aku disini tetap mendoakanmu.

aku rindu saat-saat sebelum kita berpisah, cepat balik! aku rindu

Hebatnya rasa kehilangan. SALAM SAYANG DARI SINI

Hey semester break

Assalamualaikum semua

Nahh! dekat 6bulan aku tinggalkan blog ni terbiar macam tu je sampaikan password blog pun lupa. memang selambe!
Meh aku cerita, semester2 ni tersangat la barai bagi aku sampai terkejar-kejar, tertonggeng-tonggeng jugak la. Sampai takde masa nak goyang2 kaki. Gentle barai. Tapi nak buat macam mana benda diamanahkan untuk aku buat, so kenalah buat. Alhamdulillah berbaloi semuanya. Classmate pun cool, environment kelas pun ok la.

Subject creative communication paling mencabar physical dan mental, 3task nak kena settle pulak.
first, product. aku rasa barai gak la sebab product cikai je aku buat tak gempak langsung, nasib2 la dapat markah kesian.
second, shortfilm. memang first time bekerja dalam group yang besar and hebat. congrats to my team production!
Third, parody. kali ni berkerja dengan team lagi besar, kira satu kelas buat task tu. congrats jugak untuk my classmate!
ITU SEMUA KENANGAN!

Mesti yang selalu follow blog aku dulu terkejut kalau aku cakap aku kahwin baru HAHAHA. Semuanya takdir, setiap apa yang kita lalui tu tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan dan tak semua kita impikan and termakbul. Apa guna aku melawan takdir yang terhampar depan aku. aku terima!

Tapi syukur, Si DIA buat aku jatuh cinta lagi, Si DIA buat aku kembali gelak, menangis, marah.
Boleh tak aku anggap itu rezeki aku? tapi memang betul rasanya. Alhamdullilah 3bulan dengan Si DIA and still counting. She's was perfect to me and i cant stop myself from smilling :D

p/s Doa kan aku ya! :P

Monday, 31 December 2012

Dum dum happy new year!

Aku, semua orang tahu yang tahun 2012 bakal berakhir.
Cuma angka saja yang berakhir, bukan kenangan
Kenangan, peristiwa dari setiap aku, semua orang lalui itu bakal di simpan dalam peti besi ingatan

Apa kenangan bagi 2012?
Adakah yang baik ataupun buruk?
Bagi aku yang baik itu adalah satu anugerah, yang buruk itu sebagai tanda yang aku perlu berubah ke lebih baik

Tahun 2012..
Bagi aku tahun yang mencabar! Tapi berjaya aku habiskan juga. yeayy *dancing*

Sambil menikmati nescafe 3in1 disini jugak la aku berdiri menunggu pecikan bunga api menandakan masuknya tahun baru beserta AZAM!!

Azam...
Satu perkara yang hanya indah dari khabar
Kebanyakkan dari kita ada azam tapi tidak bersungguh merealisasikan sesuatu yang dihajatkan. Bagi yang bekerja keras nak mencapai azam tahun 2012 ataupun tahun akan datang ni uolss memang cool...

Masih menunggu...
Menunggu midnight..

Secawan nescafe tak cukup. Gentle!
Mau lagi!!!

Aku rindu dia... Itu dia si badak tu! My favorite girl :)
Aku nak kau!
Sekarang!!
Tak boleh tunggu lagi
Tahun 2012 bukan tahun kita, mungkin tahun akan datang jugak
Sebab kita sedang belajar
Belajar untuk ke plot yang paling akhir iaitu kebahagiaan bersama

p/s Semoga selalu sihat, si penyakit jangan noty ok !

Perut lapar, cari makanan
Itu rutin!
Blurpp kenyang... Alhamdulillah

Music ku pasang, ku dengar supaya tak terlepas 1.1.2013
Aku mahu melangkah keluar dari tahun 2012 dan melangkah masuk ke tahun 2013 dengan cabaran yang baru
Azam baru!

Tapi malang aku hanya di rumah!
Melepet..
Dapat dengar dumm dumm dari arah kiri. Maybe sekitar theCurve.
Party sampai pagi..

Mungkin yang keluar enjoy tu jangan mabuk ya
Jangan enjoy sangat kalau kau tak tahu ajal kau sampai bila..
Stay safe..

Sesuatu dalam hatiku berkata,
Hari ini bagai untuk selamanya

Selamat tahun baru!






Saturday, 29 December 2012

Aku, asap dan .....

Bila tension rokok jadi teman, Asap dihembus pelbagai bentuk, Mencipta satu cerita, Tak kira la dari ke dunhill, winston mahupun gudang garam, asap tetap asap. Otak jadi tenang, hati jadi lembut, masalah pun lenyap...

Aku berdiri di koridor sambil menghisap rokok. Nikmat! Berimaginasi melampau. Kenapa? Asal nikmat sangat hisap rokok?
Nampak macho?

Angin menolak asap rokok aku jauh ke langit dan menyertai timbunan udara kotor disana
Dari sebatang ke sebatang, dari sebatang ke sekotak
Semua sebab sudah di set dalam kepala otak rokok itu nikmat, macho

Sambil hisap sambil memikirkan apa yang jadi akan datang. Baik ke buruk ?
*Itu semua kerja tuhan. Kita hanya berserah* rokok sekadar hiburan perasaan

Aku bangun pagi. Dengan selambe bukak tingkap bilik pekena sebatang tanda permulaan hari. Untuk pagi ini lain sedikit, merokok sambil menunggu harta saham jatuh *faham-faham jela* capai tuala masuk toilet melabur saham....

Kenapa rokok ni sangat penting? Sampaikan kita tak fikir yang kita kerugian. *berfikir sambil menghisap John dan ditemani nescafe 3 in 1

Sebenarnya kebanyakkan kita kalau hisap rokok depan member memang ada yang ambil peluang dan kita memberi peluang untuk mereka habiskan sekotak. Haha jangan cakap semua tak pernah buat kan. Si perokok mula beli dunhill, esok habis tukar winston, lusa habis tukar john, then hisap rokok gudang garam yang lambat habis tu.

Benda ni memang buat orang sensara. Kepada adik2 jangan tiru aksi kawan yang cuba nak jadi macho tu. Harap gaya je macho tapi poket, organ dalam badan tak macho katanya.

P/S jangan Terasa ok!

Thursday, 20 December 2012

121212 - 211212 = HAPPY BIRTHDAY KAWAN

Syazwan Nazri seorang kawan. Dari GEMOK ke BUNCIT, dari PUTIH sampai HITAM. Tetap dengan nama manja dia WANX

Kami penduduk tetap di kelas cendekia dari tingkatan 1 sampai 5. Port baik kami tepi tingkap dengan misi dipandang awek yang lalu depan kelas.

KAMI...
"KAKI PONTENG,KAKI TAK BUAT KERJA SEKOLAH,KAKI PRANK KAWAN,KAKI GIGS,KAKI PEREMPUAN,KAKI MAKAN"

Sampai satu masa dia berubah kerana perempuan... Bercinta sampai sekarang

Akibat minat dia suka bawa motor laju2 sekarang terlantar di Hospital Sungai Buluh

Nasib badan...


Sorry guys terutama abe wanx sebab tak dapat celebrate birthday sama2 nanti sebab kena kerja. HAHA

Oritee satanhood semoga cepat sembuh. Dah sihat nanti layan pennyboard ok haha


SELAMAT HARI LAHIR KAWAN. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI