Tuesday 7 January 2014

Kau boleh pilih satu untuk aku ?

Lebih baik tak nampak dari nampak.
Lebih baik nampak dari tak nampak.
Lebih baik tak tahu dari tahu.
Lebih baik tahu dari tak tahu.

Terkadang kita susah untuk memilih.
Maka yang terjadi kita terpaksa memilih.
Memilih antara mahu atau tidak.

Kemana hilangnya semangat ni?
Apa dah jadi dengan aku?
Makan tidak, minum sekali dua.
Kurus dan tak terurus.
Macam orang ambil dadah dah.

Dammm!

Aku nak keluar.
Perlu udara.
Perlu pengubat stress.

Jom!!
nyalakan rokok,
pandang atas,
Layan!

Jangan layan aku yang sedang bermonolog ni!

Thursday 2 January 2014

Itulah sebab aku sayang dia

December 11,

Terbang ke Indonesia untuk merasa angin dari seberang sambil habiskan sisa cuti semester. Hati memang seronok tapi berat hati nak tinggalkan rusuk kiri pengubat hati dekat KL. Aku mengambil keputusan untuk memilih untuk ke sana jugak tapi aku sudah pasang niat nak beli line prepaid kat sana so senang la contact. Yeah trip so fun dan perubahan cuaca buat semua demam. Makanan enak2 belaka and sangat pure!

Rabu-Sabtu enjoy disana, Ahad pack dan balik Malaysia. Seronok dapat kenal orang2 sana, budaya mereka, ramah sekali. Takkan aku lupakan pengalaman ini walaupun hanya sebentar.



December 15,

Hari, tarikh yang bagi aku satu rasa kosong, kosong yang terlalu lama, Hari perpisahan. Masuk kali ni dah second time aku berjauhan dengan tiqa. Aku mesti kuat, terus bertahan and terus disini menunggu. Mohon tuhan terus lindungi dia dan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, Murahkan rezekinya. Aku taknak memilih untuk menangis sebab sebelum dia pergi aku dah dapat messages in the bottle, jersey Manutd, perfume fav aku. Itu mungkin dapat hilangkan rindu aku rasanya. Jam 11 aku di sini, dan jam 11 juga dia pergi. Mungkin Tuhan saja menduga manusia untuk melihat sejauh mana kesabaran dan kesetiaan seseorang.

Nuratiqah Syahirah I <3 U, jaga diri ,ingat semua pesan and cepat balik :)



December 16,

Pagi tiada morning wish, aku redha je. Hari sunyi, hati kosong buat aku baring je. Mujur dia Whatspp, aku rasa dia tetap ada dengan aku walaupun kita jauh beribu batu, berbeza iklim, berbeza waktu. tiqa tetap wujud dekat isfan :)

Hey sayang, jangan lupa semua pesan k. Jangan rambang mata tu :) i liv yiu. Muahh



December 17,

Hey sayang. If you read this nanti i just nak you tahu yang i bersyukur ada you. I rasa susah nak lepaskan you. Rasa sakit bila tengok you buat something yang i tak suka.

Tapi percayalah...
Setiap kemarahan yang terpacul,
Setiap garangnya kata-kata,
Setiap air mata itu,
Percayalah itu kasih jawapannya.

Biar i marah biar menunjukkan sayang salah, sayang hiba, sayang lalai, bikin sayang hampa tidak berjaya dalam permintaan perhubungan. Tapi percayalah.. Aku juga ada kurang sini sana dan kerna ego aku begini. Kau sudah cukup sifat dari mata, hati dan jiwa aku.

Dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu. Sayang balik cepat, please aku rindu.

Happy 11Monthsary. I LIV YIU :))



December 18,

Sakit, demam semua datang tanpa kita diberitahu. Aku terima ini kerana semua datang daripadaNya. Dan lagi berat sakit ini bila aku hilang ubat yang hadir dalam susah senang. Aku butuh kan itu!

Aku langsung tak terdaya lagi. Aku harap masih ada esok untuk aku bersama dengannya...



December 19,

AKU RINDU SAAT KITA BERSAMA! Permandangan yang indah dulu bertukar suram...



December 20,

Hey! harini hari takut sedunia. RESULT KELUAR! satu hari tak senang beb! gentle tak tipu punya. Line website sikit punya jammed sampai buat aku nak tumbuk laptop ni. Sekali tak boleh check daa.. Ada problem pulak dengan sistem. Mintak sangat la jangan ada repeat! This semester is killing me!

Mahu keluar hirup udara segar. Hilangkan rasa semak dikepala. *rokok jangan tinggal*

Iloveyou cinta hati :)



December 21,

Semalam aku tidur, dengan harapan tercelik mata dia tidak berlari dalam mindaku. Kerana dia sangat indah buat aku tak boleh tampung dalam rasa

Dammmn! habis lah aku

Aku pejam mata, mata terbayang dia.
Aku diam kan mulut, hati nak memanggil.
Aku senyapkan semua, minda memikul dia

Semua tempat ada dia beb!

cis! Hebatnya kamu sayang!



December 22,

Bertahun kau menghilang...

Berhari, berminggu, berbulan, bertahun. Aku tak mahu kekosongan ini diisi oleh orang lain. Semahu-mahunya hanya kamu!
Dalam keresahan ini aku cuba menidurkan diri dan cuba menghilangkan resah dalam diri...

Tiba-tiba baru aku sedar yang kau tak hilang sepenuhnya. cuma perasaan resah yang ada di benak minda kita mengawal semua



December 23,

Kurang 10 hari lagi aku akan mengakhiri penantian ini. Tak sabar! Harap semuanya baik2 disana ya!

Menunggu, menunggu dan terus menunggu..



December 24,

Aku cuba busy kan hari aku dengan kawan2 sebab aku taknak kau selalu berlari-lari dalam fikiran ku. Walaupun aku tahu aku tak mampu nak tahan perasaan yang aku rasa sekarang...

Rindu sangat!! gentle wey!

Apa boleh buat nasib badan :P



December 25,

kenapa sayang? kenapa marah2 ni. Apa masalah sekarang ni?
Ada la ni salah kat mata dia.. I'm sorry, kali ni serious!

Haih balik la cepat, jangan terus jauh macamni..

Jangan takut sayang, jangan..
Aku ada bersama.. Buang semua keraguan mu terus mencintai ku..

Jangan takut sayang, jangan..
Genggam erat tangan ku, usah lepaskan lagi..

goodnight my sweetheart, i'm sorry :)



December 26,

Angin bawalah cintaku agar dia merasa setiap nafasku,
Agar dia merasa setiap rasa rindu ku padanya,
Haih angau la macam ni,
Buat hidup tak menentu,
Mata terbayang lagi kau untuk malam ni,

Memang kau patut digelar seorang pencuri hati!



December 27,

Kau harus tahu perasaan ku padamu, tak seperti yang sering kau fikirkan.
tetapkan rasa yang tak pasti, biarkan hati disakiti.
sampai bila mesti begini??

Asal aku rasa lain macam ni.
Apa yang tak kena dengan aku ni.
Yang bukan2 aku rasa..

TAPI.. Adakah benar semua yang aku rasa ini??



December 28,

Entah kenapa aku rasa diri aku macam ditipu.. Disakiti..
Mana datang semua rasa ni.
Kenapa kau kejam sangat.

Sebenarnya aku takut dengan bayang-bayang sendiri.
Aku takut dengan perasaan aku sendiri.
Aku relakan apa saja yang aku rasa.
Pendam dan pendam.
Sampai hilang semuanya rasa ini.



December 29,

Biar aku bangun tanpa sarapan asalkan aku bangun diberi sedikit harapan.

Harapan untuk aku bersama dengannya..
Harapan untuk aku tak rasa something yang aku elakkan sangat.

Dia yang selalu membuat aku tersenyum
Dia yang selalu hadir untuk aku
harap DIA akan sedari yang aku perlukan semua itu..

Bismillah, aku teruskan hari walaupun dia muncul hanya tiba-tiba.

Happy sunday everyone's!



December 30,

Kehadirannya buat aku tenang untuk hari ini.
Dia buat aku rasa tak kosong lagi seperti hari2 sebelumnya.
Kehadiranmu, ku hargai..

Apa rasa diri disayangi?
Adakah indah?

Mestilah bro!
Indahnya cinta mu buat ku bahagia

Tak kira beribu batu kita terpisah, berbeza benua, berbeza angin

Aku tetap menantimu :)



December 31,

Dialog penutup tahun

Tahun yang bagi aku 1001 macam ragam. Penuh suka dari duka itu yang best! Yang pasti tahun beranjak umur pun bakal berganjak. yeah lagi berapa jam aku nak masuk 21tahun. Muda lagi kot haha. Chill usia tak menghalang kita untuk menjadi muda. ye tak? Apa yang best 2013 hanya aku saja yang tahu sebab banyak sangat nak kongsi pun.

Cinta hati rusuk kiri, ayuh kita mulakan cinta untuk tahun 2014 <3

HEY GOODBYE 2013
Thanks for memories :)



January 1/1/2014

Cerita pembukaan tahun

Di bandar penuh lautan manusia, aku memilih untuk tidak kemana-mana. Minum sembang itu lebih baik!

BOOM ! bersorakkan, pesta bermulalah tahun baru yang menjadi trend muda mudi.

Hati: Hii!

Aku: Happy new year syg. I'm glad to be with you. I'll try my best to make you happy and i hope this year will bring more happiness to us and may god bless our relationship. I need you to know that i love you and i want you to be apart of my life.

Hati: Happy new year to you too darling. Thanks for every single things. You're the best and yet to be. Perfect for me and i couldnt ask for more. Iloveyou

Sekarang tinggal sehari lagi sebelum dia balik. Tak sabar nak jumpa rindu sangat ni

Cerita pasal azam, semua orang pasang azam. Harap azam tu beserta dengan kesungguhan la ye!

Let's celebrate!
Morning all, Happy new year readers ! i love you all



January 2/2/2014

Hari yang suram, kosong sebelum ini tiba-tiba indah.
Tak kesah la Manutd kalah pagi tadi asalkan cinta hati dah sampai KL.

Bayangkan,
Dengan latar muzik yang ceria dan bersedia untuk happy ending.

Ini adalah entri khas untuk Nuratiqah Syahirah

p/s: Itulah sebab aku sayang dia :)