Sunday 29 July 2012

untuk dia




Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi?
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku

Adakah insan lain bertakhta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku..

Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu, kau kata kau cinta

Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu

Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu, kau kata kau cinta

Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cinta kita dihati
Walaupun sukar ku akur kali ini

Biarlah ku pergi..

Wednesday 25 July 2012

jatuh bangun selamanya Harimau malaya !


Ini lah suasana di bukit jalil semalam. Penuh dengan penyokong "celup" hahaha.
Rasanya lebih 15k yang hadir semalam. tidak pasti betul atau tak hanya angaran sendiri saja.

Lepas berbuka bersama classmate di Maluri, aku terus ke stesen lrt chan sow lin untuk ke Bukit jalil. Memang dah dijangka penyokong gunners paling ramai dalam tren dan aku dengan baju malaysia "away"

Then bertemu lah aku dengan 3 jejaka berkulit putih berbangsa Ireland dan Scotland yang baru menetap di Malaysia. Kami mula berbual dan dia berkata dia respect aku pakai baju Malaysia. Mungkin sebab aku seorang saja yang pakai baju Malaysia dalam tren, BANGGANYA ! HAHA

Sampai di Bukit jalil kami berpisah. Masa tu aku rasa hidup ni "lifeless" gila sebab tengok tanpa teman. Tapi takpa, cara Malaysia main buat aku tak bosan. Memang gempak sang harimau main, tak macam tahun lepas punya friendly.

Seperti biasa, lepas habis separuh masa pertama dengan keputusan yang amat membanggakan Malaysia 1-0 Arsenal, mata aku akan mencari bunga2 yang pakai jersey Malaysia. sungguh teruja sekali hati ni melihat :D

Bermula separuh masa kedua Arsenal bermula garang. Yela, dah dimalukan awal tadi haha. Tapi memang Bangsat jugak diorang boleh goal. Muka-muka celup pun bersorak riang lepas Arsenal score. Aku duduk diam tengok jela muka-muka bangsat bersorak sambil habis game.

Ini lah truly fans Harimau Malaya !



Keputusan akhir


P/S NANTIKAN MUKA "CELUP" SESI KEDUA BERSAMA MANSHIT ! HAHA

Wednesday 18 July 2012

Apa nak tulis ni ?

Apa nak tulis ni ?

Ok buka cerita pasal occupy dataran. Mana pergi mereka ? Mana pergi semangat demonstrasi mansuhkan ptptn ? Adakah hanya hangat-hangat tahi ayam ?

Apa-apa pun syabas untuk ahli-ahli occupy yang dah berhenti berdemonstrasi :D

Bulan puasa pun nak sampai dah. jadi...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA

Monday 16 July 2012

tetap salahku

Dan memang selalu aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu, meninggalkan mu
Sehingga ku terlupa yang kau terluka

Sampai bila.. Kau tetap diam seribu bahasa

Maafkan lah diriku. Yang ku ada hanya kamu saja

Sunday 15 July 2012

Diam dan biarkan saja

Entah kenapa dengan semalam ?

Masalah datang lagi dan kali ini seperti malas berbuat apa-apa

Kadang-kadang penat hati ini untuk rela diperhambakan sedangkan bila sesuatu masalah yang datang dari dia mudah sangat hati ini menerima kembali walaupun sakit dihati masih ada

Jadi..

bersabar adalah jalan yang terbaik sekarang ini

Kerna sabar itu yang mampu mengawal api kemarahan diri dari terus menyala

Thursday 12 July 2012

kerinduan

Hati ini memberontak !
Ingin kamu..

Andai kita ketemu, Izinkan aku untuk menatap wajah kamu supaya hilang rindu ini

Dan bila sampai waktu kita berjauhan kembali, Ada pesanan buat kamu..

Semoga kamu baik-baik sahaja disana dan jangan pernah lupa akan janji kita

Tak akan hilang perasaan ini kerna indahnya cinta kita

Tak mungkin ku akhiri semua yang telah kita bina selama ini

Selamanya.. Hanya kamu

Wednesday 11 July 2012

jadual kelas yang serabut

KELAS MALAM ? WTH !!

Hari isnin sampai jumaat memang tiap-tiap hari aku ada kelas dan itu normal. Cuma yang buat aku lemau kelas hari selasa, jumaat . Memamg meletihkan ! hari selasa ada kelas malam jam 8-10. Serius dah macam kelas tuition pun ada. Nasib la just kelas lab com. Then hari jumaat ada satu kelas tapi start pukul 3-5. Perghh ! kalau lah kelas pagi best kot.

p/s Apa nak buat terima seadanya la kan ermm

Monday 9 July 2012

Ulang tahun yang ke-19

Syukur aku masih berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-19.. Banyak sudah aku belajar dan banyak juga cabaran yang aku tempuh selama 19tahun ni. Tidak apa yang aku hajatkan selain dari mendoakan kebahagian dalam keluarga ku dan semoga aku berjaya dalam hidup. Amin.

Terima kasih, kepada semua yang sudi wish birthday saya terutama cinta hati ku. Saya hargai itu :)

Saturday 7 July 2012

superhero

Tadi tonton the amazing spiderman bersama dzul. Watak baru, jalan cerita yang baru , tapi uncle Ben tetap mati. Kenapa watak uncle Ben pendek ? Misteri bukan. Apa-apa pun jalan cerita tak la membosankan.

Friday 6 July 2012

lumrah

BILA PEREMPUAN BERBAJU KURUNG , LELAKI AKAN TERGODA

BILA LELAKI BERBAJU MELAYU , PEREMPUAN AKAN TERGODA

p/s Seronok study tempat baru. ramai berbaju kurung :)

Tuesday 3 July 2012

pendatang baru

Serius cakap nak bangun pagi susah, yela dah berbulan-bulan bangun lepas jam 12. Memang kerja aku makan tidur je sebelum ni sampai perut aku buncit. Lepas ni aku busy mungkin tak la buncit sangat kot kan haha. Harini hari pertama aku, aku junior tau haha..

For my sayang , I always love you...

p/s Jangan belagak senior tau yang mana umur sama aku tu :)


Monday 2 July 2012

final untuk mereka, kita lebih semangat

setelah berminggu-minggu bersengkang mata, akhirnya sampai ke penghujung juga. Masa tidur pun bertukar dari malam berjaga siang tidur. Terkilan juga sebab favorite team tak ke final ermm chill la kan, benda negara orang buat apa kita yang nak sokong hidup mati. Tapi untuk final ni kalau boleh aku nak sampai ke penentuan penalty. Teringat macam final sukan sea Malaysia vs Indonesia (tuan rumah) memang feel habis kot. Akhirnya menang juga, selamanya harimau malaya

Tahniah Spain dan Italy
Prediction? haha secret. selamat menonton