Saturday, 29 December 2012

Aku, asap dan .....

Bila tension rokok jadi teman, Asap dihembus pelbagai bentuk, Mencipta satu cerita, Tak kira la dari ke dunhill, winston mahupun gudang garam, asap tetap asap. Otak jadi tenang, hati jadi lembut, masalah pun lenyap...

Aku berdiri di koridor sambil menghisap rokok. Nikmat! Berimaginasi melampau. Kenapa? Asal nikmat sangat hisap rokok?
Nampak macho?

Angin menolak asap rokok aku jauh ke langit dan menyertai timbunan udara kotor disana
Dari sebatang ke sebatang, dari sebatang ke sekotak
Semua sebab sudah di set dalam kepala otak rokok itu nikmat, macho

Sambil hisap sambil memikirkan apa yang jadi akan datang. Baik ke buruk ?
*Itu semua kerja tuhan. Kita hanya berserah* rokok sekadar hiburan perasaan

Aku bangun pagi. Dengan selambe bukak tingkap bilik pekena sebatang tanda permulaan hari. Untuk pagi ini lain sedikit, merokok sambil menunggu harta saham jatuh *faham-faham jela* capai tuala masuk toilet melabur saham....

Kenapa rokok ni sangat penting? Sampaikan kita tak fikir yang kita kerugian. *berfikir sambil menghisap John dan ditemani nescafe 3 in 1

Sebenarnya kebanyakkan kita kalau hisap rokok depan member memang ada yang ambil peluang dan kita memberi peluang untuk mereka habiskan sekotak. Haha jangan cakap semua tak pernah buat kan. Si perokok mula beli dunhill, esok habis tukar winston, lusa habis tukar john, then hisap rokok gudang garam yang lambat habis tu.

Benda ni memang buat orang sensara. Kepada adik2 jangan tiru aksi kawan yang cuba nak jadi macho tu. Harap gaya je macho tapi poket, organ dalam badan tak macho katanya.

P/S jangan Terasa ok!

Thursday, 20 December 2012

121212 - 211212 = HAPPY BIRTHDAY KAWAN

Syazwan Nazri seorang kawan. Dari GEMOK ke BUNCIT, dari PUTIH sampai HITAM. Tetap dengan nama manja dia WANX

Kami penduduk tetap di kelas cendekia dari tingkatan 1 sampai 5. Port baik kami tepi tingkap dengan misi dipandang awek yang lalu depan kelas.

KAMI...
"KAKI PONTENG,KAKI TAK BUAT KERJA SEKOLAH,KAKI PRANK KAWAN,KAKI GIGS,KAKI PEREMPUAN,KAKI MAKAN"

Sampai satu masa dia berubah kerana perempuan... Bercinta sampai sekarang

Akibat minat dia suka bawa motor laju2 sekarang terlantar di Hospital Sungai Buluh

Nasib badan...


Sorry guys terutama abe wanx sebab tak dapat celebrate birthday sama2 nanti sebab kena kerja. HAHA

Oritee satanhood semoga cepat sembuh. Dah sihat nanti layan pennyboard ok haha


SELAMAT HARI LAHIR KAWAN. SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI

Wednesday, 12 December 2012

Ada apa dengan 12.12.12

Ada apa dengan tarikh (12.12.12) untuk semua?

Surat untuk bulan.

Permulaan
Saya kenal dia ketika berumur 16tahun, ketika itu dia berumur 15tahun. Kami bersama sehingga terjalin sesuatu dengan sendirinya. Di awalnya kami berjumpa, dan dari situ terus tercipta satu rasa. Ohh sangat selambe bukan. Masa tu terasa indahnya dunia haha.

Di pertengahan
konflik sudah sebati antara kami.. ini sebab masing-masing ada ego yang tinggi sampaikan susah nak selesaikan masalah. Bak kata kawan saya, semakin kita dewasa, semakin tinggi ego antara kita. betul sangat tu !!

Penyelesaian
bak kata penulis blog terkenal - jangan merumitkan hal yang kecil, kerna kita punyai agenda yang besar iaitu ketempat yang dimahu setiap manusia; Kebahagiaan.

Dan ada apa dengan tarikh 12.12 itu?
Jawapannya dihati ini ada dia sudah 4tahun.

kiriman dari bulan.

Sebenarnya cerita kamu ini sangat indah. Tak semua mampu bertahan seperti cerita kamu ini. Kamu sangat beruntung menerima gadis yang dapat menerima kelebihan mahupun kekurangan kamu.

Saya ada rakan yang kacak orangnya tapi bab bercinta dia memang tak bertahan lama mungkin sebab kacak sampaikan sering bertukar gadis atau dia memang belum besedia menerima cinta sebenar

Apa-apa pun jangan pernah berputus asa dalam mengejar kebahagian

Terima kasih sudi membalas

Tuesday, 11 December 2012

Menuju syurga


Aku REDHA!
Tuhan beri aku pinjam kamu untuk seketika saja

AKHIRNYA..
Kamu berjaya bebas

BEBAS..
Menuju ke dunia yang lebih baik
Bermainlah kamu disana, disana lebih indah

Dia pergi meninggalkan aku. Pergi ke SYURGA....

In memories 2011-2012

Friday, 7 December 2012

Misi Harimau Malaya!

This is my blood, homiess, satanhood haha

Firstly terkejut sangat bukak je blog ramai betul pembaca. Thanks readers. this is for you :*

Musim AFF suzuki cup sudah di klimaks nya, misi kita mengekalkan status raja bola sepak asia tenggara.

Perlawanan pertama kita kalah. Orang cakap gagal sekali tak semestinya gagal selamanya.
BANGKITNYA sang perwira kita menang besar untuk perlawanan kedua

Sang garuda sudah pun dibaham, misi seterusnya si gajah putih pula. Mampukah sang harimau ?

Yang di hadapan pastikan terus maju,
Yang di belakang pastikan terus kukuh,
Mereka datang macam tamu, kita jamu,
Mereka datang macam musuh kita..


Selamanya Harimau Malaya

Tuesday, 27 November 2012

Berharap atau tidak ?

Setiap permulaan mesti ada pengakhiran bukan? setiap pengakhiran ada kesedihan atau kegembiraan.

Dan aku ditengah-tengah itu yang berada dalam perasaan...

berbelah bagi
sangsi
tidak pasti
curiga

Ntah...
apa
bagaimana
siapa

tahu akan situasi aku..
Aku tutup semua itu dengan gelak ketawa, senyuman, nyanyian

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, Aku putuskan untuk laluinya sahaja.

Biarkan..

Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa jawapannya.
Masih berharap...

mari tolong lap habuk (:



Kesian dia dah berhabuk ya :) mari kita lap kasi bersih sikit...

Syukur, Alhamdulillah aku masih bernyawa, masih boleh bernafas sampai sekarang. Lepas habis final exam memang tak sentuh pun blog ni. Cuti semester 1bulan lebih ni kalau duduk rumah goyang kaki memang gemok la cerita dia kan.

Perghh risau betul dengan result final exam ni. Tambah2 subjek french tu walawehh sgt tak style susah dia. Lagi teruk aku meroyan fikir benda2 tu baik aku kerja kan haha. Nasib dapat offer kerja boleh la kumpul duit sikit untuk melancong jap.

Perghh berangan #IstanbulAkuDatang. SELAMBE?

Cerita pasal Istanbul Aku Datang cerita tu 5star lah ! seriously. Tak rugi keluar bajet besar buat penggambaran kat sana and tak rugi jugak korang tengok. Superbb videography, storylines, and the best thing is the ending was very perfect. tribute to Beto Kusyairy and Lisa Surihani

p/s Jom sambung bersihkan blog. Penat tahu bersihkan blog ni haha. Tapi ada gambar si dia hilang sikit rasa tu. Michuu (: