Monday, 12 January 2015

wise words

i don't want to be the person who you have to text, i want to be the person who you want to text. i will be here. i am waiting...

Hukumlah aku

Harini bukan nasib aku.
Tak mengapa..
Aku masih berdiri lagi
Ntah sampai bila malang ini akan berhenti menimpa menghimpit jiwa yang ntah bila akan mati.
Tak mengapa..
Aku mengerti segala yang terjadi atas kehendak tuhan.
Siapa aku untuk menidakkan hukum tuhan.
Hari demi hari aku pasrah dengan kehendak tuhan yang sedang menghukum makhluk ciptaanNya.
Namun aku tak akan berhenti berdoa..
Berdoa untuk kebahagian hidup yang sudah lama aku tidak rasai.

Sesungguhnya engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Wednesday, 7 January 2015

Surat yang tiada sampul

Dear..

Kau tak akan tahu kenapa setiap malam aku tidur lewat. Mungkin kau fikir aku seronok bertemankan gadis-gadis and stay up sampai jam sekarang. Bodohnya kau kalau kau fikir macam tu. Aku tak macam kau yang senang kau datang, senang lagi kau pergi. Aku rasa bila aku ingat kau, rindu kau tiap-tiap malam buat aku jadi khayal, fly dengan perasaan yang aku cipta sendiri. Berimaginasi kau ada dengan aku macam dulu.

Takpa lah..
Mungkin aku rasa kau dah ready nak hidup dengan orang lain.
Harap kau bahagia dengan jalan hidup yang kau pilih. Aku doakan kau.

Biar aku tidur dengan harapan buat diri aku yang sedang bermimpi kan gadis yang tak pernah perasan aku disini.

Sincerely
Memories..                          

(page7 chapter1)

Thursday, 18 December 2014

Selamat Mencuba

Mulakan hari dengan senyum, akhiri hari dengan harapan. Harapan untuk hari esok lebih kuat

Selamat berjuang buat kamu yang sedang mencari jalan untuk bahagia..

Damansara
11.08 P.M

Saturday, 13 December 2014

Tentang Rasa #1

Cerita tentang rasa. Jika kamu sudi mari sama-sama rasa.

Pernah tak kau rasa tak dihargai?
Tapi pernah tak kau rasa yang ego kau tinggi? Kalaulah ego tu ada ubat, dah beribu aku habis.

Ya! memang boleh bercinta tapi kau tak boleh buat dia rasa terpaksa. Biar dia jadi diri dia, biar kau jadi kau.

Memang kau ego, suka cari salah dia, tapi sesekali kau cermin diri, lihat dan fikir - "kau siapa? kau boyfriend/girlfriend dia je. Kau bukan parents dia"

Please! perjalanan hidup kau masih panjang. Kita perlu kenal apa itu erti hidup.

Bagi aku jangan paksa! tapi terima. Kau boleh terima, tapi rasa itu tetap ada.

Jalannya kau senyum simpan dalam hati tapi jangan pendam takut makan diri.

Setiap manusia mesti ada rasa kecewa. Mungkin dari situ kau rasa macam mana payah perjalanan hidup ni.

Selamat Malam Buat Kamu Yang Sedang Menyesal. #Moveon !

Wednesday, 10 December 2014

Selamat Pagi Buat Kamu Yang Sedang Kecewa

Semua manusia tak akan terlepas dari kekecewaan. Tak ada seorang pun terlepas dari masalah.

Kenapa?

Sebab kamu manusia, kamu tak dilahirkan sempurna. Kamu tak akan sentiasa hidup senang

Teruskan hidup! jangan kamu bimbang ada masa kamu jatuh, ada masa kamu akan bangun.

Selamat pagi buat kamu yang sedang kecewa

Damansara
4:20

Saturday, 22 November 2014

Percaya Pada Sesuatu

Bila aku percaya jangan buat sampai aku hilang percaya.

Bukan apa, aku letak sepenuhnya kepercayaan aku pada sesuatu. Sesuatu yang aku mungkin tak nak lepaskan.

Percayalah..

Aku akan selalu mempercayai sesuatu yang selalu buat aku rasa dihargai.

Biasanya aku percaya akan semua yang berlaku dalam hidup aku. Tapi aku tak nak untuk percaya jika aku hilang sesuatu yang aku mahu.

Apa yang aku maksudkan dengan sesuatu?

Jawapannya

DIA..