Saturday, 11 October 2014

Calling For Vendors

Calling for vendors

Event 1-2 november 2014
Stadium Malawati Shah Alam
10am-10pm
Brought by: Student of diploma in corporate communication (BK101)- Semester5 KPTM KL

Follow
Twitter: @siniadafest
Instagram: Siniadafest
Email: siniadafest@gmail.com

Wednesday, 1 October 2014

Tuhan itu sentiasa ada

Tuhan berbicara,
Agar aku berdiri,
Tak perlu berfikir,
Kerana itu menyakitkan.

Sabar,
Tuhan masih ada,
Untuk kita.

Sunday, 14 September 2014

Rasa yang bangsat

Aku keliru,
Otak jadi tuli,
Fikiran kusut,
Kurang yakin,
Nafas terkandas,
Terngiang,
Menanti kepastian.

Aku terdampar di tengah petak tilam sambil berfikir.
Tergaru kepala.
Membeliak bola mata.
Merenung..

Rasa kau di dalam zero gravity.
Tidak rasa apa yang dipijak.
Langsung!

Bangsat la kalau tiap masa aku rasa benda yang sama. Macam mana aku nak lawan rasa ni yang sebenarnya aku bermusuh dengan minda sendiri. Mungkin aku belum cukup sempurna dan aku banyak melihat kesempurnaan di sekeliling aku.

Adakah aku perlu merelakan kenyataan ini?

Tolong jangan tanya mengapa kerna  aku pun tak tahu sebab apa aku begini.

Rasa itu kejam, kau boleh mati hati jika tak kuat.

Selamat malam rasa. Moga kau tak muncul merosakkan segalanya.

Friday, 12 September 2014

Bila sudah berakhir

Setiap orang akan terputus nafasnya bila tiba saat dan waktu.

Semua ini kehendakNya.

Bila aku sudah tiada, mungkinkah orang akan kenang diri aku?

Jika ya, sampai bila?

Mungkin aku akan rasa sedih tinggalkan orang-orang yang aku sayang.

Aku akan jauh berada di dunia yang lain dari mereka. Dan tak mungkin aku boleh berpatah balik

Adakah perasaan rindu itu ada bila jasad sudah tidak bersama roh. Adakah ia kekal atau tidak?

Aku sedar..
Mati itu pasti..

Jika ini tidur paling terakhir,
Mimpikan aku sesuatu yang indah
Dan aku perlu tahu,
Esok hari bukanlah sesuatu yang pasti.

Biarlah waktu bawa aku pergi.

Sunday, 17 August 2014

Move on tolak tepi! Move foward dulu

I'm feel bless. Tak boleh nak describe perasaan seronok ni. Aku dah tunaikan apa yang dia impian. Aku pun rasa aku patut berubah. Orang kalau lepas kecewa harus move on kan? Tapi aku lebih suka guna move foward. Tak semestinya bila kecewa kita terus blah kan? Kalau dah sayang takkan taknak usaha untuk jadi lebih baik. Seronok betul aku dapat tengok dia happy.

Happy 1year6month untuk rusuk kiri saya. Moga bulan ni lebih baik dari sebelumnya. Amin..

P/S Sayang, I love you

Friday, 15 August 2014

Di sini aku sampaikan sebuah rasa

Dari awal pagi hingga benamnya mentari, jangan takut aku akan jadi teman mu sampai mati

Jika memori bersama kau boleh disimpan dalam cakera, kan ku mainkan sampai bila-bila

Izinkan aku simpan gambar kita, agar aku boleh merasa kehadiran kau setiap masa

Friday, 1 August 2014

Rayaaaaaaa

Settle puasa tiba raya
Semua orang pasti bergembira

Tapi Aku..
Habis sebulan aku berdiet
Start satu syawal semua usaha aku gagal

Btw Selamat Hari Raya kpd readers semua